1. Apakah itu SabahTrace?

    SabahTrace ialah sistem daftar masuk secara digital yang diletakkan di ruang hadapan premis-premis terpilih di negeri Sabah seperti premis pejabat kerajaan untuk perkhidmatan perlu (essential services), kawasan khas pelawat dan ruangan orang awam untuk membolehkan individu membuat pendaftaran nama dan nombor telefon mudah alih bagi memudahkan usaha pengesanan kontak.

    SabahTrace digunakan untuk mengumpul dan mengesahkan data di pintu masuk melalui (1) imbasan kod QR seperti yang dipaparkan di lokasi atau (2) memasukkan secara manual QR ID yang dipaparkan di imej kod QR dalam laman web : https://sabahtrace.my.

  2. Bagaimana SabahTrace membantu Kerajaan?

    SabahTrace akan menyediakan maklumat yang kemaskini untuk membolehkan Kerajaan melakukan pengesanan kontak secara lebih cekap dan berkesan apabila terdapatnya laporan mengenai positif Covid-19 di lokasi berdekatan dengan premis.

  3. Dimanakah SabahTrace ini digunakan?

    Penggunaan SabahTrace adalah diwajibkan untuk tempat-tempat yang padat dengan orang ramai yang boleh menyebabkan kesesakan dalam jarak yang dekat untuk tempoh yang lama atau tempat yang tertutup atau tempat tumpuan orang ramai.

    Tempat-tempat yang menggunakan SabahTrace ialah :

    • Kedai makan contohnya restoran, medan selera, pusat penjaja, kedai kopi
    • Tempat kerja contohnya pejabat, kilang
    • Sekolah dan Institut Pengajian
    • Pusat penjagaan kesihatan contohnya hospital, klinik dan klinik TCM
    • Rumah penjagaan kesihatan contohnya kediaman perawatan
    • Pra-sekolah
    • Kedai gunting rambut
    • Pasar raya
    • Pasar keding atau basah yang terpilih
    • Pusat beli belah
    • Hotel

    SabahTrace akan dilancarkan secara berperingkat kepada lain-lain perkhidmatan contohnya tempat terbuka kunjungan orang ramai, teksi dan bas untuk menyokong usaha pengesanan kontak.

    Senarai tempat-tempat yang menggunakan SabahTrace akan dikemaskini melalui https://sabahtrace.my.

  4. Mengapa SabahTrace perlu diperluaskan kepada lebih banyak tempat?

    Memandangkan aktiviti dan perkhidmatan disambung semula secara perlahan-lahan dalam tempoh pembendungan penularan ini, maka adalah amat penting pengesanan kontak dilakukan secara lebih pantas untuk mengehadkan penularan yang lebih cepat di kalangan masyarakat. SabahTrace boleh membantu pihak berkuasa melakukan pengesanan kontak melalui penyediaan rekod individu yang keluar dan masuk ke sesebuah lokasi. Rekod ini akan mengurangkan masa untuk mengesan identiti individu yang berpotensi sebagai kontak rapat pesakit COVID-19. Ini adalah penting bagi membolehkan kita dapat meneruskan sekatan pergerakan dan menjalani kehidupan harian.

  5. Sekiranga SabahTrace dilaksanakan di sesebuah bangunan contohnya pusat beli belah, adakah penyewa dalam bangunan tersebut harus melaksanakan SabahTrace dalam masa yang sama?

    Sebagai sebahagian daripada ukuran keselamatan di tempat kerja, SabahTrace hendaklah dilaksanakan untuk setiap kakitangan. Sehubungan itu, SabahTrace hendaklah juga dilaksanakan untuk pelawat. di tempat-tempat yang telah disenaraikan melalui https://sabahtrace.my contohnya seperti pasar raya/kedai gunting rambut dalam sebuah pusat beli belah.

  6. Kenapa kita harus menggunakan SabahTrace sedangkan kita mempunyai sistem pengurusan untuk pengusaha (vendor management system) yang telah sedia ada?

    Penggunaan SabahTrace adalah sangat digalakkan kerana data yang disediakan oleh pihak berkuasa berkaitan dan agensi kerajaan akan memudahkan dan mempercepatkan pengesanan kontak. Maklumat pelawat dan kakitangan yang berkemungkinan sebagai kes kontak kepada COVID-19 akan dihantar secara automatik kepada pihak berkuasa melalui SabahTrace. Data yang dikumpul oleh SabahTrace hanya digunakan oleh pegawai yang diberi kuasa untuk tujuan pengesanan kontak dan langkah-langkah yang ketat akan diambil untuk melindungi data tersebut.

  7. Saya telahpun menggunakan sistem pengurusan untuk pengusaha (vendor management system). Adakah sistem ini boleh diintegrasikan dengan SabahTrace?

    SabahTrace tidak boleh berintegrasi dengan sistem yang lain pada masa ini.

  8. Adakah perniagaan dan tempat-tempat harus menguatkuasakan kedua-duanya iaitu daftar masuk dan keluar?

    SabahTrace hanya untuk daftar masuk. Ini juga akan terpakai di tempat kerja.

  9. Apakah yang akan terjadi jika berlaku kerosakan dalam sistem SabahTrace. Adakah kelenturan (flexibility) dalam penguatkuasaan SabahTrace ini?

    Setiap perniagaan hendaklah memilih mod ganti (alternate mode) SabahTrace apabila berlaku keadaan yang tidak diingini, misalnya menggunakan SabahTrace QR ID sebagai sokongan jika SabahTrace QR Code menjadi mod pilihan dan begitu juga sebaliknya. QR ID akan diperolehi melalui https://sabahtrace.my di bawah Manual QR Premise Entry. Pengisian borang secara fizikal adalah tidak digalakkan dan ia hanyalah menjadi pilihan yang terakhir.

  10. Penggunaan SabahTrace boleh menyebabkan kesesakan yang ketara dalam tempoh yang tertentu. Bolehkah perniagaan dan tempat-tempat menggunakan SabahTrace ini secara sementara sahaja sepanjang tempoh ini?

    Adalah amat penting untuk mencapai informasi dalam SabahTrace terutamanya dalam tempoh yang genting. Oleh kerana sistem SabahTrace ini membenarkan pemeriksaan masuk secara serentak, maka perancangan hendaklah dibuat di lokasi agar SabahTrace dapat dilaksanakan sepanjang tempoh. Sebagai contoh mencetak salinan kod QR dalam jumlah yang banyak dan meletakkannya di pelbagai tempat dalam ruangan yang sama.

  11. Saya mempunyai beberapa premis. Bolehkah saya mendaftar satu (1) kod QR untuk semua premis?

    Tidak boleh. Setiap premis hendaklah mempunyai kod QR sendiri. Jika anda mempunyai lebih daripada satu (1) premis, anda dikehendaki mendaftar kod QR yang berbeza bagi setiap premis.

    Kod QR dan informasi berkaitan hendaklah dicetak secara bersekali untuk membantu anda mengenalpasti kod QR tertentu yang akan digunakan di setiap premis.

  12. Adakah ia melibatkan kos apabila menggunakan SabahTrace di premis?

    Tidak. Ia sudah semestinya tidak melibatkan kos untuk mendaftar dengan SabahTrace. Sebaik sahaja pendaftaran anda diluluskan, anda dikehendaki mencetak kod QR dan meletakkannya di pintu masuk atau tempat yang boleh dilihat di lokasi dalam premis anda. Sila daftar premis anda melalui https://sabahtrace.my sekarang!

  13. Jika saya tidak mempunyai telefon pintar, adakah saya tidak dibenarkan masuk? Apakah alternatif lain yang harus diambil oleh ahli mahupun orang awam jika keadaan ini berlaku?

    Individu yang melawat sesebuah lokasi adalah diperlukan untuk memberi maklumat berkaitan (contohnya nombor telefon bimbit dan masa daftar masuk) melalui sistem SabahTrace. Individu yang tidak berbuat sedemikian kemungkinan tidak akan dibenarkan masuk ke lokasi. Untuk mengatasi pelawat yang tidak mempunyai telefon mudah alih yang bersesuaian untuk membuat imbasan kod QR atau mengakses laman web https://sabahtrace.my, pengusaha dan pengendali lokasi adalah dinasihati untuk menempatkan kakitangannya di setiap pintu masuk/keluar bagi membantu pelawat membuat pendaftaran secara manual menggunakan peranti mudah alih.

  14. Adakah data dilindungi apabila menggunakan SabahTrace?

    Data yang diambil melalui SabahTrace untuk tujuan pengesanan kontak hanya boleh diakses oleh pihak berkuasa apabila diperlukan. Kerajaan akan mengawal data yang dikemukakan oleh individu dan keselataman yang ketat akan diambil bagi melindungi data peribadi individu. Hanya kakitangan yang diberi kuasa dalam pengesanan kontak sahaja yang boleh mengakses kepada data ini, jika terdapat keperluan. Data ini akan dibersihkan apabila ia tidak diperlukan lagi untuk tujuan pengesanan kontak

  15. Bagaimana Kerajaan menyemak dan memastikan perniagaan akan menggunakan SabahTrace. Apakah hukuman yang dikenakan kepada individu yang melanggar peraturan yang ditetapkan?

    Semua perniagaan adalah dikehendaki untuk menggunakan SabahTrace untuk mengumpul maklumat masuk kakitangan dan pelawat ke premis sepanjang tempoh COVID-19 masih aktif.

  16. Saya telah memasang aplikasi MyTrace dalam telefon bimbit saya, adakah saya perlu lagi memuat turun dan memasang SabahTrace sebagai aplikasi yang berasingan?

    SabahTrace adalah aplikasi yang dibangunkan berasaskan web dan dalam masa yang sama menyokong MyTrace untuk pengesanan kontak. Oleh itu, anda tidak diperlukan untuk memuat turun dan memasang aplikasi tambahan dalam telefon mudah alih anda.

  17. Di manakan saya boleh mendapat maklumat mengenai SabahTrace?

    Maklumat teknikal SabahTrace yang lebih lengkap boleh diperolehi melalui https://sabahtrace.my